Monday, August 18, 2014

    Wanita-Wanita Yang Kurang Diinginkan Oleh Para Lelaki



Mengapa blog saya kali ini menerangkan tentang wanita-wanita ini? Ini kerana saya inginkan pendapat anda anda mengenai wanita-wanita yang anda kenal di luar sana. Wanita pada masa sekarang berbeza dengan dahulu.. Makin lama, makin menjadi-jadi. Ha.. lelaki pun begitu jugak. Untuk memilih pasangan, lelaki akan ada wanita yang dia suka dan dia tidak suka. Sudah pastilah dia tidak akan memilih wanita yang dia tidak suka. Jadi, mari kita lihat antara wanita yang selalunya lelaki tak mahu dekati.

                                       Wanita pemarah ( panas baran )

Wanita jenis ini memang selalu naik angin. Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah. Akhirnya yang menjadi mangsa selalunya ahli keluarga, rakan dan PASANGAN mereka juga. Sifat mereka yang begini akan membuatkan orang lain berasa benci dan tidak selesa dengan mereka. Mereka ini juga sensitif. Wanita jenis ini akan mudah memarahi orang lain dengan hal yang kecil. Lelaki yang mempunyai pasangan sebegini, perlu banyakkan bersabar.

                                                Wanita cemburu buta

Wanita jenis ini pula, wanita yang selalunya akan menyimpan perasaan sendiri di dalam hati. Walaupun perkara yang berlaku itu perkara yang remeh temeh, mereka ini tetap akan terasa sakit hati. Bila tiba masanya, wanita ini akan menunjukkan perasaan cemburu mereka dengan jelas. Jika lelaki bersama dengan wanita lain, atau berdiri di sebelah wanita lain, wanita ini pasti akan berasa sangat cemburu. Ada juga wanita yang cemburu jika pasangan mereka hanya melihat wajah perempuan lain. Lelaki yang ada pasangan ini, perlu berhati-hati dengan kelakuan, pandangan dan persekitaran. Ini kerana mata si cemburu sedang memerhati anda.

                                                Wanita si pemerintah

Ini pula adalah wanita yang tak habis-habis nak memerintah orang. Sekejap dia suruh buat ini, sekejap dia suruh buat itu. Macam-macam perkara yang dia suruh pasangan dia buatkan. Wanita jenis ini juga suka dilayan seperti puteri raja. Mereka akan meyuruh si lelaki buat apa saja mengikut arahannya. Wanita jenis ini juga akan menggunakan status mereka seperti jawatan dan kekayaan untuk menguasai dunia si lelaki. Jika tidak ikut kata, si lelaki akan terima akibatnya. Lelaki yang mempunyai pasangan seperti ini perlulah membuktikan bahawa mereka bukannya hamba abdi mereka. Lelaki harus tegas terhadap pasangan sebegini. Banyakkan bersabar dan jangan biarkan diri anda terus dikuasai oleh mereka ini.

                                                Wanita Kuat Bekerja

Wanita ini bukanlah wanita yang teruk, tetapi wanita sebegini kurang mengambil perhatian terhadap pasangan atau keluarga. Wanita ini juga terlalu mementingkan kerja sehingga tiada masa untuk keluar bersama. Lelaki sukakan wanita yang boleh di bawa keluar pada waktu lapang untuk mengeratkan lagi hubungan. Tetapi, waniti jenis ini akan lebih tertarik pada kerja mereka sendiri. Lelaki yang mendapat pasangan macam ni perlu memberikan nasihat dan teguran agar mereka lebih memberikan perhatian terhadap keluarga atau pasangan. Jangan terlalu mendesak kerana mereka mungkin akan menganggap yang ianya tidak menghormati hidup mereka. Cuba luangkan masa bersama pada hujung minggu dengan bijak.

                                                     Wanita Serious

Serious boleh menjadi satu sifat yang baik untuk hidup kita tetapi jika terlampau serious, sukar untuk orang mendekati diri kita. Wanita macam ni akan nampak serious sepanjang masa. Mereka selalunya akan memerhatikan keadaan sekeliling dan berfikir mengenainya. Waniti yang serious agak sukar untuk dibawa berbincang dan kurang diminati para lelaki. Wanita perlulah ada sifat ceria atau gembira untuk menjadi individu yang lebih mesra. Wanita ini juga jarang senyum dan jarang ketawa. Lelaki yang ada pasangan sebegini perlu memahami pasangan masing-masing. Cuba membuat sesuatu yang mereka gembira dan tunjukkan sedikit kemesraan pada mereka. Mungkin mereka akan mula berasa selesa dan berubah menjadi lebih ceria daripada biasa.

                                               Wanita Berbau ( busuk )

Ini adalah wanita yang tidak ramai lelaki ingin mahu dekat. Wanita ini berbau kurang menyenangkan dan akan menimbulkan perasaan loya pada orang lain. Wanita ini perlu mengubah cara pemakaian dan perlu cepat mengatasi masalah ini. Lelaki yang berpasangan dengan mereka perlu memberikan cadangan yang bernas mengenai cara-cara penjagaan badan. Boleh dicadangkan sesuatu produk untuk mereka gunakan. Mereka pasti akan lebih berkeyakinan selepas itu.

                                            Wanita Muscle ( maskulin )

Wanita ini unik dan mereka mempunyai sasaran mereka yang tersendiri. Selalunya wanita sebegini kurang berminat dalam percintaan. Mereka juga mempunyai sifat kelelakian di dalam diri mereka. Lelaki menggemari wanita yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan. Lelaki juga tidak mudah untuk memberanikan diri bagi merapatkan diri mereka dengan wanita yang maskulin sebegini. Lelaki yang berpasangan dengan wanita maskulin (jika ada ) perlulah memahami apa yang mereka ingin capai dalam hidup. Mereka pasti ada impian yang mereka simpan untuk masa depan mereka. Lelaki juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata menghina wanita seperti ini. Dari luaran mungkin mereka kelihatan kuat, tetapi mereka tetap wanita yang sama perasaannya dengan wanita lain. 

Jadi, itulah wanita-wanita yang jarang disukai oleh para lelaki. Namun, kesukaan itu berbeza bagi setiap orang. Setiap lelaki atau perempuan ada minat yang tersendiri dan pemahaman yang tersendiri. Pandai-pandailah memilih pasangan anda agar kehidupan ini dapat menjadi lebih berseri-seri lagi nanti.

Di sini ada laman SFI. SFI ialah bisnes internet yang terkemuka di seluruh dunia. Langkah yang kecil mampu mengubah hidup manusia. Jika anda berminat untuk memulakan online business sendiri, inilah laman web yang paling tepat. Silalah lihat isi kandungannya dahulu. Terima Kasih kerana membaca blog ini.

No comments:

Post a Comment